Syarikat kami menyediakan perkhidmatan terbaik dalam mereka bentuk dan membina rumah termasuk penyediaan Pelan rRumah (Senibina), Pelan Jurutera (R.C), Illustrasi 3D luaran dan dalaman serta sebut harga sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. Kos pembinaan adalah berdasarkan keluasan ruang, reka bentuk dan juga spesifikasi bahan binaan yang digunakan. Tukang adalah berpengalaman dan mahir dalam membina rumah. Sebut harga adalah percuma!
Penyediaan rekabentuk pelan rumah 2D serta perspektif 3D
Infrastruktur seperti kerja tanah, pembinaan longkang, perparitan serta jalan raya
Kerja-kerja bina rumah sesebuah dari cerucuk, tapak asas rumah, tiang dan rasuk, dinding sehingga ke bumbung rumah
Dalaman esperti 'plaster' siling, pendawaian elektrik, perpaipan, 'awning', 'grill', kabinet tv, kabinet dapur dan lain-lain
Sebelum kerja dijalankan, sebutharga akan diberikan secara terperinci bagi keseluruhan projek, disertakan perjanjian bersama
Proses kerja yang sistematik sebelum pembinaan iatu dari proses rekabentuk, sebut harga, surat perjanjian dan kepada proses pembinaan yang teratur.
Rekabentuk berpandukan tapak, menyelesaikan isu iklim dalam rumah, persekitaran yang mesra alam dan menjamin kelestarian alam sekitar
Syarikat IWAN STUDIO REKABINA merupakan sebuah syarikat pembinaan Pengurusan dan Perundingan Projek ( Project Management Consultancy–PMC ), dengan pemusatan tenaga kerja mahir dan pakar yang professional dalam setiap skop pembinaan dibawah pengurusannya. Selain itu kami juga mengetengahkan teknologi kejuruteraan awam , struktur & bahan binaan semasa yang berkualiti tinggi dan diperakui CIDB . Merupakan kontraktor bumiputera berdaftar SSM dan CIDB.
Sebagai kontraktor utama yang bertindak selaku PMC , kami juga melaksanakan kerja-kerja pelaksanaan projek dengan pemusatan pengurusan kerja sub-kontraktor dan tukang yang pakar dan mahir dalam skop bidang masing-masing bagi memastikan setiap projek yang dijalankan menghasilkan kualiti dan mutu kerja yang sangat baik .
Pengurusan dan pemantauan kualiti kerja dari masa ke semasa terhadap setiap kemajuan yang dilakukan membolehkan objektif kualiti terjamin yang diletakkan ini akan sentiasa mampu dicapai .
Menjadi sebuah syarikat pembinaan khususnya pembinaan kediaman yang dipercayai dan diyakini
untuk memenuhi jangkaan dan kepuasan hati pelanggan
disamping menjaga kualiti dalam mencapai hasil kerja terbaik.
MISI
Memberikan kualiti perkhidmatan terbaik dan dipercayai bagi kerja-kerja pembinaan dengan
mengaplikasikan elemen senibina terbaik yang betul dan tepat
serta memastikan ia memberikan kesan/impak yang maksima kepada setiap pelanggan.
Membina perumahan kediaman persendirian yang selamat dan mesra alam.
Menjadi kontraktor utama dalam pembinaan kediaman di utara Pulau Pinang dan Kedah.
Membina hubungan baik, keharmonian, kesihatan dan kelestarian alam sekitar
Bekerja sebagai satu pasukan dalam mencapai kualiti dan hasil kerja yang terbaik.
Mengutamakan aspek keselamatan di tapak sebagai budaya syarikat.
Bertanggungjawab menjaga keharmonian dan alam sekitar dalam pembinaan.
Memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada setiap pelanggan sekaligus menaikkan nama syarikat.
Memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada setiap pelanggan bahawa syarikat bumiputera juga mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, berkualiti dan amanah.
Memastikan khidmat dan kebajikan yang memuaskan kepada pekerja dan masyarakat sekeliling.
Penyediaan skop kerja melibatkan tenaga kerja yang mahir dan bertauliah seperti arkitek, jurutera, kontraktor, juruteknik elektrik, tukang paip serta buruh binaan berkemahiran tinggi.
INTEGRITI
Selaras dengan pematuhan CIDB kepada Kontraktor berdaftar yang wajib mengambil Peperiksaan Integriti . Sebuah syarikat yang mengamalkan konsep integriti iaitu keikhlasan , keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip dan tidak mudah dipengaruhi.
Memiliki pasukan Kontraktor sebagai penggerak syarikat, menjadi fokus bagi Iwan Studio Rekabina untuk mengangkat nilai estetika yang tinggi bukan sahaja dari sudut penampilan fizikal bangunan.
Malah pemerkasaan fungsi ruang bangunan yang dirancang menepati kehendak dan keperluan tujuan ruang bangunan itu dibina dalam mencapai keselesaan dan keharmonian.
Menjamin kualiti produk sejajar dengan nilai atau kos projek. Menjamin kualiti kerja yang profesional. Menjamin hasil kerja yang bermutu tinggi dan terbaik kepada semua pelanggan.
SSM
CIDB PPK
CIDB SPPK
STB
KECEKAPAN PENGURUSAN
INTEGRITI
PEJABAT URUSAN : TINGKAT 2, KOMPLEKS BAGAN, 12200 BUTTERWORTH (SPU), P.PINANG
PEJABAT TAPAK : JLN PONGSU SERIBU, 13200 KEPALA BATAS (SPU), P.PINANG